Program Open mic adalah program bicara mingguan yang dilaksanakan setiap hari Rabu jam 3.00 – 4.30 petang. Program ini telah dilaksanakan pada bulan April dan akan diteruskan sehingga bulan Mei. Program ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu bicara (talk) yang berpandukan bahan-bahan yang ada di PTDI dan persembahan pelajar. Persembahan pelajar ini mengikut bakat terpendam yang pelajar ada, sama ada bersyair, berpantun, bercerita, berlakon, menyayi atau menari. Program Open Mic ini dilaksanakan di Ruang Legar, Aras 1 PTDI. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *