6 DISEMBER 2023 : ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ค๐š๐š๐ง ๐“๐ฎ๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐‘๐š๐ณ๐š๐ค (๐๐“๐€๐‘) UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar dengan kerjasama ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฐ๐š๐ค๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ (๐Œ๐๐) ๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ‘ dan ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ฌ๐š UiTM Cawangan Perak telah mengadakan Program ๐ต๐‘œ๐‘œ๐‘˜๐‘ค๐‘œ๐‘›๐‘‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘  ๐‘‚๐‘๐‘’๐‘› ๐ท๐‘Ž๐‘ฆ dengan bertemakan konsep ๐‘น๐‘ฌ๐‘จ๐‘ซ@๐‘ผ๐’Š๐‘ป๐‘ด. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar telah mendaftar sebagai peserta dalam aktiviti yang disediakan sepanjang program tersebut.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Program (Staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ,Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) & Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Perak) atas kerjasama yang telah dijalankan dalam menjayakan program ini. Tahniah juga kepada semua peserta yang telah sama-sama memeriahkan program kali ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is 407708810_853069163495151_1840364585881658269_n-1024x678.jpg

Bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dalam program ini berjalan dengan lancar, beberapa orang staf dan pelajar praktikal telah dilantik sebagai ketua biro bagi setiap pertandingan dan permainan yang disediakan. Hal ini bagi menarik pengunjung menyertai aktiviti yang disediakan sepanjang hari program berlangsung. Semua permainan dan pertandingan ini dijalankan secara fizikal dan digital di aras bawah perpustakaan.

Melalui program seperti ini, pihak perpustakaan mendapati aktiviti “Indoor Game” boleh dijadikan daya penarik kepada pengunjung perpustakaan terutama sekali kepada pelajar. Program “Book Buzz” dan “Mic Check Soul Speak” juga memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri berucap di hadapan khalayak ramai serta menyuarakan pendapat masing-masing. Kini, telah banyak perpustakaan akademik di Malaysia telah menyediakan ruang seperti ini khusus kepada pengunjung perpustakaan dan berjaya menjadi tumpuan baharu kepada warga kampus. Di samping dapat menjana pendapatan, ruang yang dibangunkan juga dapat menbina minda pelajar menjadi lebih kreatif dan cerdas selain meningkatkan kualiti pelajar dalam akademik mahupun kokurikulum.

Berikut adalah gambar-gambar dan video (https://vt.tiktok.com/ZSNVhP6kA/) sepanjang program berlangsung. (https://vt.tiktok.com/ZSNXTxNuS/)

Disediakan oleh:
Muhamad Azim bin Aโ€™nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *