26 September 2023, Selasa – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menganjurkan Bengkel Mobile Photography yang telah diadakan secara hibrid iaitu bertempat di Bilik IT, PTA dan siaran langsung melalui saluran YouTube rasmi PTA bermula pada 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.

Bengkel ini merupakan anjuran PTA dengan kerjasama Unit Sumber Dan Teknologi Pendidikan (USTP) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang. Objektifnya adalah untuk perkongsian teknik-teknik dalam menggunakan teknologi telefon bimbit dalam menghasilkan imej dan video berkualiti serta menarik dan setara profesional.

Penceramah jemputan bagi perkongsian bengkel ini ialah Encik Zaihan Bin Zakaria, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Sumber Dan Teknologi Pendidikan (USTP) Pejabat Pendidikan Daerah Machang. Beliau berkongsi teknik untuk mengambil imej dan video yang betul serta pengenalan kepada beberapa editing application yang boleh digunapakai untuk mengedit imej dan video.

PTA mengucapkan terima kasih kepada peserta yang telah menyertai secara fizikal di Bilik IT dan juga maya di saluran YouTube rasmi PTA. Semoga segala perkongsian yang telah dikongsi dalam bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam melaksanakan tugasan harian di bahagian masing-masing.

Pautan siaran langsung: https://www.youtube.com/watch?v=8760WUgSueo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *