5 September 2023, Selasa – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah menganjurkan Program “Fun Walk With PTA 2023” bersempena kemerdekaan tahun 2023 yang akan diadakan di sekitar kampus Machang kepada semua staf PTA Kampus Machang.

Objektif bagi program ini adalah untuk:

  1. Memantapkan semangat kemerdekaan dalam kalangan staf PUiTM Cawangan Kelantan.
  2. Membudayakan aktiviti berteraskan kesihatan fizikal dalam kalangan staf.
  3. Meningkatkan idea dan kretiviti staf dalam merealisasikan kehidupan masa depan dengan menitik beratkan kesihatan jasmani.
  4. Meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan staf PUiTM Cawangan Kelantan.

Program dimulai dengan senaman ringkas yang diketuai oleh Encik Hamizur Hussin, Pembantu Pustakawan Kanan serta dibantu oleh pelajar-pelajar latihan industri PTA dan seterusnya taklimat ringkas mengenai program oleh pengarah program iaitu Encik Nik Mohd Faizal Ibrahim, Pembantu Operasi.

Program ini bermula dan juga berakhir di kawasan luar bangunan perpustakaan dan terdapat tiga check point sepanjang perjalanan.

  • Checkpoint 1 (BIRDA)

Checkpoint yang pertama bertempat di BIRDA dan di sini kesemua staf akan berehat untuk bersarapan pagi sebelum menyambung semula perjalanan ke checkpoint kedua.

  • Checkpoint 2 (Padang bola UiTMCK)

Checkpoint kedua bertempat di padang bola UiTMCK bagi aktiviti memanah yang dikendalikan oleh Encik Syawalul Imran Yusoff, Pembantu Belia dan Sukan Unit Sukan UiTMCK. Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan sesi taklimat ringkas diberikan oleh beliau mengenai cara untuk menyambungkan bow atau busur dengan tali (bow string) dan cara untuk memanah.

Selesai sesi taklimat, para peserta akan ke tempat memanah mengikut kumpulan masing-masing. Mereka akan memanah secara berkumpulan dan markah yang tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.

  • Checkpoint 3 (kebun rambutan berhampiran bahagian fasiliti)

Checkpoint yang terakhir bagi aktiviti Fun Walk ini adalah di kebun rambutan berhampiran bahagian fasiliti bagi aktiviti kuiz merdeka.

Selesai di checkpoint terakhir, para peserta akan pulang ke PTA untuk majlis penutup. Majlis penutup diakhiri dengan ucapan daripada pengarah program dan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang bagi aktiviti memanah.

Program ini telah berjalan dengan jayanya dan diharapkan agar ianya dapat memberi kesedaran kepada warga PTA tentang kecerdasan bagi setiap individu amat penting dan dengan kesihatan yang baik dapat menjalankan tugas dengan produktif.

Pautan video program: https://vt.tiktok.com/ZSLTfywBV/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *