Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus puncak Alam telah mengadakan Program Mobile Library – PTAR Bersama Hari Bertemu Pelanggan HEP di Dewan Serbaguna, UiTM Kampus Puncak Alam pada 30 – 31 Oktober 2023 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Seramai 1,719 orang pelajar baru telah hadir ke booth PTAR bagi memeriahkan program.

Perasmian program disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selang

Program telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor dengan diiringi oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor (HEP) serta barisan pengurusan kanan UiTM Cawangan Selangor pada 31 Oktober 2022 jam 10.30 pagi.

Antara objektif program ini adalah :

i. Mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan PTAR kepada pelajar

ii. Mempromosikan Perkhidmatan Digital PTAR kepada pelajar UiTM Cawangan Selangor

iii. Mempromosikan Mobile Apps PTAR

Pelbagai aktiviti menarik diadakan di booth PTAR seperti taklimat, sesi soal jawab, pinjaman buku, kuiz, cabutan bertuah dan sebagainya.

Pihak perpustakaan menerima maklumbalas yang sangat positif daripada para peserta. Semoga program-program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Aktiviti memperomosikan Mobile Apps PTAR
Aktiviti Pinjaman buku
Promosi Perkhidmatan Digital PTAR
Promosi Perkhidmatan Digital PTAR
Promosi Perkhidmatan Digital PTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *