7 September 2023, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah dijemput memberikan  Taklimat Penggunaan Paper Machine dan Grammarly sempena Bengkel 2 Days Boot Camp Writing On Indexed Journal yang dianjurkan oleh Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Melaka. Taklimat dijalankan secara bersemuka di Mini Auditorium, Aras 7, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan disertai seramai 50 orang peserta terdiri dari warga penyelidik UiTM Cawangan Melaka.

Taklimat disampaikan oleh Dr Hajah Zalifah Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Shah Alam dengan dibantu oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka sebagai fasilitator dari PTAR.

Setinggi terima kasih diucapkan kepada Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU) atas jemputan serta Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria yang sudi menyampaikan taklimat. Semoga warga penyelidik UiTM Cawangan Melaka terus cemerlang seterusnya menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi.

Dr Hajah Zalifah Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Shah Alam sedang memberi taklimat kepada peserta
Para peserta fokus mendengar taklimat yang sedang disampaikan
Taklimat dibantu oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka
Sekitar taklimat sedang dijalankan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *