Objektif utama pelaksanaan Mobile Library ini adalah sebagai salah satu inisiatif PTAR Kampus Dengkil dalam menyemarakkan program galakan membaca dikalangan warga kampus di UiTM Kampus Dengkil. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan ini bertujuan bagi menerapkan budaya Malaysia membaca seterusnya melahirkan generasi suka membaca pada generasi yang akan datang. Program ini juga dianjurkan bertujuan bagi menyahut seruan Kempen Galakan Membaca di kalangan warga UiTM. Program ini adalah Program Read@UiTM di bawah siri Mobile Library.
Program ini memberi impak kepada seluruh warga kampus terutamanya dalam :
1.Memupuk jalinan harmoni antara PTAR dan seluruh warga Asasi Kampus Dengkil melalui program yang dianjurkan.
2.Memberikan makluman terkini berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan di PTAR Kampus Dengkil.
3.Mempromosikan Perkhidmatan Perpustakaan digital PTAR termasuk perkhidmatan dan kemudahan disediakan PTAR
