SPEED READING

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Selangor Kampus Dengkil telah menganjurkan Program Speed Reading pada Rabu, 31 Mei 2023 yang diadakan secara atas talian melalui platform Google Meet. Program yang dijalankan selama 2 jam, telah disampaikan oleh Puan Nur Fatihah Binti Muhamad, Pustakawan , PTAR Kampus Puncak Alam.

Seramai 5 orang staf telah menyertai modul program Speed Reading yang dianjurkan. Sepanjang program, penceramah telah berkongsikan ilmu serta teknik bacaan pantas yang berkesan kepada para peserta yang terdiri dalam kalangan staf PTAR Kampus Dengkil. Melalui program yang dianjurkan, diharap ia dapat memberikan manfaat yang berkesan kepada semua peserta yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *