Pada 22 Jun 2023 (Khamis), Perpustakaan Tengku Anis, Kampus Kota Bharu (PTAKKB) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Universiti (USR) SK Chabang Empat bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Temenggong, SK Chabang Empat.

Objektif program ini adalah untuk memberi transformasi pusat sumber sekolah dengan melengkapkan kemudahan koleksi dan fizikal pusat sumber, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam menghasilkan semangat yang positif, meningkatkan kemahiran  dan meningkatkan pentadbiran dan pengurusan pusat sumber

Peserta yang terlibat adalah pelajar darjah 6 sekolah tersebut seramai 60 orang dan antara aktiviti yang dilakukan adalah program speed reading yang di sampaikan oleh Puan Rosmariyat Ab Rahman, Pustakawan Kanan, PTAKKB dan Program motivasi yang disampaikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA serta aktiviti ‘Quizizz game’ dan aktiviti santai yang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *