Nama Program : Deklamasi Sajak @ PTAR Dengkil

Tarikh : 17 Ogos 2023

Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi : Arena PTAR Dengkil

17 Ogos 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil telah menganjurkan pertandingan Deklamasi Sajak di Perkarangan Arena PTAR Kampus Dengkil. Pertandingan ini telah berlangsung bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dimana aktiviti ini telah menerima penyertaan peserta sebanyak 7 orang. Tema bagi pertandingan Deklamasi Sajak ini bertemakan Kemerdekaan dan patriotisme dimana pemilihan tema adalah bersempena bulan kemerdekaan.

Sepanjang program ini dijalankan pelbagai kreativiti persembahan peserta dapat dilihat dan dipertontonkan dimana pelbagai perkongsian maklumat dan ilmu telah disampaikan oleh peserta yang terlibat. Pemilihan pemenang bagi aktiviti Deklamasi Sajak ini telah diadili oleh 2 orang juri yang dipilih dalam kalangan pensyarah di Pusat Asasi. Melalui program ini juga pelbagai manfaat yang boleh diperolehi antaranya bagi menyemarakkan program galakan membaca dalam kalangan warga kampus, mempertingkat kemahiran berkomunikasi dalam kalangan warga kampus serta memberi peluang kepada warga kampus untuk berkongsi maklumat dan idea kepada umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *