Pertandingan Seni Kreatif Pantun & Sajak Kerohanian

Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan pertandingan mencipta pantun dan sajak kerohanian yang berjalan mulai 27 Jun 2023 sehingga 16 Julai 2023. Pertandingan ini dijalankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan Maal Hijrah yang akan datang. Bersesuaian dengan itu tema pengorbanan dan penghijrahan telah dipilih sebagai tema pertandingan mencipta pantun dan sajak ini.

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga UiTM Cawangan Kedah bagi menggalakkan warga terlibat dalam menghasilkan penulisan kreatif. Peserta yang berminat boleh menghantar penyertaan sama ada dalam format bertulis atau rakaman video pendek sekaligus mempelbagaikan medium kepada peserta untuk menunjukkan kreativiti mereka.

Pertandingan yang diadakan bagi menyokong program Read@UiTM ini diharap dapat menarik minat peserta dalam memelihara dan mengekalkan seni budaya berbahasa di kalangan generasi muda khususnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *