Pada 22 Mei sehingga 2 Jun 2023 yang lalu, persatuan PTAR Buddies dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah menganjurkan pertandingan berbentuk ulasan buku iaitu program Blind Date with Mr. & Mrs. Book. Penyertaan program adalah terbuka kepada mahasiswa dan mahasiswi UiTM Kampus Rembau dan pemilihan buku untuk diulas adalah berdasarkan cabutan.

Peserta kemudian perlu merakam video ulasan maksimum 3 minit kepada pihak penganjur dan penilaian adalah berdasarkan gaya penyampaian dan ulasan buku yang diberikan. Peserta tempat pertama dimenangi oleh saudara Muhammad Asyraaf Hassan dari Fakulti Pengurusan Perniagaan, tempat kedua dimenangi oleh saudari Nur Liyana Batrisya Mohd Shaharimi dari Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, manakala tempat ketiga dimenangi oleh saudari Ummi Zafirah Zarak dari Fakulti Pengurusan Perniagaan.

Penyampaian hadiah bagi ketiga-tiga pemenang program Blind Date with Mr. & Mrs. Book ini disampaikan oleh Pustakawan, Encik Muhammad Shafiq Amirullah semasa perasmian penutup program Young Entrepreneur @ PTAR yang diadakan pada Khamis lepas.

Program Blind Date with Mr. & Mrs. Book ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk semangat dan budaya membaca terutama di kalangan mahasiswa UiTM sejajar dengan objektif program Read@UiTM. Berdasarkan respon peserta, program seperti ini amat wajar dilaksanakan sekali lagi di masa akan datang. Video-video ulasan terbaik akan dimuatnaik ke laman Instagram PTAR Kampus Rembau dalam masa terdekat.

Video Ulasan boleh ditonton menerusi pautan:
Tempat Pertama: https://www.facebook.com/100015409781292/videos/1467339980737154/
Tempat Kedua: https://www.facebook.com/100015409781292/videos/653308016841891/
Tempat Ketiga: https://www.facebook.com/100015409781292/videos/979149799772592/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *