8 Mei 2023, Isnin – Program Vitamin Ilmu Bersama PTA adalah program yang diadakan sempena Majlis Pelancaran NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) SMK Pangkal Meleret pada 8 Mei 2023. Program ini merupakan kerjasama antara pihak Perpustakaan Tengku Anis (PTA), Universitas Airlangga (UNAIR), Pusat Sumber Sekolah (PSS) Luqman Al-Hakim, Panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu SMK Pangkal Meleret (SMKPM).

Seramai 200 orang murid sekolah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada murid Tingkatan 1 dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS). Majlis dimulai dengan sesi pelancaran program NILAM yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKPM iaitu Encik Nadzri Ismail dan diikuti dengan simbolik pinjaman Bulk Loan daripada PTA kepada pihak sekolah.

Program Vitamin Ilmu bermula pada jam 11:00 pagi yang dimulai dengan sesi perkongsian daripada pelajar latihan industri PTA daripada UNAIR, Surabaya Indonesia. Antara perkongsian yang dikongsikan daripada pelajar UNAIR adalah pendedahan kepada sistem dan aktiviti di perpustakaan sekolah menengah Indonesia dan juga perpustakaan di Universitas Airlangga, Indonesia. Objektif bagi sesi perkongsian ini adalah untuk membantu dan menambah pengetahuan murid sekolah dalam perkongsian maklumat khususnya pembangunan sekolah di Malaysia dan Indonesia.

Sesi seterusnya adalah sesi Book Review daripada tiga orang wakil pengawas PSS SMKPM. Mereka akan membuat ulasan mengenai buku pilihan mereka yang telah dibaca kepada murid-murid lain dan aktiviti adalah untuk memupuk budaya minat membaca dalam kalangan murid sekolah.

Program diakhiri dengan lawatan ke Pusat Sumber Sekolah Luqman Al-Hakim yang diiringi oleh wakil guru media bersama pelajar UNAIR dan sesi penyampaian cenderahati daripada pihak PTA.

Pihak Perpustakaan Tengku Anis (PTA) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SMK Pangkal Meleret atas kesudian untuk bekerjasama bagi menganjurkan program ini. Pihak PTA akan terus menyokong serta bersedia untuk berkerjasama lagi bagi program serta aktiviti yang akan dianjurkan pada masa akan datang. Semoga ukhuwah yang dibentuk antara PTA dan sekolah akan terus berkekalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *