Pada Khamis, 18 Mei 2023, telah berlangsung Pertandingan Syarahan Bahasa Arab, yang diadakan secara bersemuka bertempat di ruang Bacaan & Rujukan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Seremban. Program ini dianjurkan oleh Kelab Nadi Bahasa Arab dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Kampus Seremban.

Seramai empat kumpulan pelajar terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi UiTM Kampus Seremban telah menyertai pertandingan ini. Pelaksanaan pertandingan ini adalah bagi memupuk amalan membaca di kalangan pelajar selain bertujuan untuk mengasah kemahiran memberi syarahan terutama di dalam bahasa Arab. Program ini juga bagi menyahut seruan Kempen Galakan Membaca di kalangan warga UiTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *