Pertandingan Video Kreatif Bahasa Arab telah dianjurkan pada Rabu, 17 Mei 2023, bertempat di ruang Bacaan & Rujukan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Seremban. Ia merupakan salah satu program di bawah inisiatif Read@UiTM. Program yang dianjurkan oleh Kelab Nadi Bahasa Arab UiTM Kampus Seremban bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Kampus Seremban dan telah disertai oleh empat kumpulan pelajar.


Pelaksanaan pertandingan ini adalah bagi memupuk amalan membaca di kalangan pelajar selain bertujuan untuk mengasah kemahiran para pelajar dalam penciptaan video kreatif di dalam bahasa Arab. Program ini juga bagi menyahut seruan Kempen Galakan Membaca di kalangan warga UiTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *