Pada 01 Mac 2023 bertempat di Ruang Library Community Engagement, Perpustakaan Sultan Badlishah. Telah berlangsung satu majlis pelancaran buku puisi “Voice Of The Soul: A Compilation Of Poems” yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Kamarudin Othman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Kedah.

Program pelancaran ini merupakan satu kerjasama antara Perpustakaan Sultan Badlishah bersama Akademik Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Kedah dalam usaha mengetengahkan hasil penulisan di kalangan warga UiTM. Usaha ini juga sebagai satu galakan dalam mempertingkatkan budaya membaca dengan penerbitan bahan bacaan yang lebih santai dan dapat menarik minat pembaca.

Program turut dimeriahkan dengan aktiviti deklamasi sajak oleh para penulis yang dilakukan secara fizikal dan juga atas talian. Siaran langsung juga disiarkan melalui saluran YouTube Perpustakaan Sultan Badlishah bagi para penulis yang berada di luar kampus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *