Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTMCK Kampus Machang telah menjalankan “Fundamental of Information Literacy Program” kepada pelajar baharu bagi sesi Mac-Ogos 2023 bermula 20 sehingga 23 Mac 2023. Taklimat ini telah dijalankan secara bersemuka di Bilik Seminar PTA dan dibahagikan kepada dua slot untuk setiap hari iaitu slot pagi dan petang.

Taklimat bagi program ini telah disampaikan oleh Puan Nordelina Zulkarnain, Pustakawan Kanan dan dibantu oleh Puan Azrina Hasbullah, Pembantu Pustakawan Kanan serta beberapa orang pelajar latihan industri PTA.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membolehkan para pelajar baharu untuk memahami dan menguasai pencarian bahan melalui OPAC secara berkesan, menggunakan perkhidmatan PTA melalui aplikasi Mobile Apps PTAR, teknik pencarian bahan melalui Pangkalan Data Atas Talian (PDAT), pencarian bahan melalui Portal Ebook serta penerangan kepada perkhidmatan perpustakaan digital PTA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *