21 Ogos 2020 Shah Alam

Live@PTAR Sesi Pengkisahan Sejarah Bersama Perajurit Negara: Erti Kemerdekaan

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Kursi Institusi Raja-Raja Melayu telah menganjurkan sebuah program bual bicara secara langsung bertajuk “Sesi Pengkisahan Sejarah Bersama Perajurit Negara: Erti Kemerdekaan” dibawah segmen Bicara Tokoh.

Program ini telah dikendalikan oleh En.Mohd Nazrul bin Mohd Amin, Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, selaku moderator dan panel jemputan, YBerbahagia Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Hj. Abdul Rahman bin Hj Abdul Hamid dan YBerbahagia Leftenan Jeneral (B) Dato’ Seri Zaini bin Mohd Said. Pengisian program ini memberi fokus kepada pengalaman kedua-dua panel dalam penglibatan mereka menangani penjajah, serta anasir-anasir luar yang mengancam keharmonian negara. Selain itu, panel jemputan turut berkongsi gambaran suasana ketika rakyat Malaysia pada masa dahulu menghadapi saat-saat getir dalam menjalani tempoh darurat.

Didalam perkongsian secara langsung, YBerbahagia Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Hj. Abdul Rahman bin Hj Abdul Hamid berkata, rakyat Malaysia seharusnya bersatu dan menjadi negara contoh, bukan sahaja dalam aspek pembangunan, malah pemikiran yang rasional supaya tidak terpengaruh dengan ideologi yang mampu menggugat keamanan negara.

Manakala, YBerbahagia Leftenan Jeneral (B) Dato’ Seri Zaini bin Mohd Said pula, menyeru, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum perlu mengenali dan mempertahankan jati diri supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Pengorbanan dan juga semangat cintakan negara merupakan salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Program siaran secara langsung ini juga dihadiri oleh penonton fizikal yang terdiri daripada warga kampus UiTM Shah Alam termasuk dari PALAPES UiTM. Turut hadir En. Jamalludin bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan UiTM serta YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu.

#uitmdihatiku #kitaUiTM #ekspresiuitm#LiveatPTAR

Like and follow us:
https://twitter.com/uitmlibrary
https://www.instagram.com/libraryuitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.com/
https://www.facebook.com/libraryuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *