Program        : My Favourite Read

Tarikh             : 13 Februari 2020

Lokasi             : PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan melalui program Dekad Membaca Kebangsaan, PTAR Kampus Permatang Pauh telah melaksanakan program My Favourite Read. Melalui program ini, setiap peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar interim telah membuat perkongsian mengenai buku kegemaran masing-masing yang telah dipinjam di perpustakaan. Seramai 59 orang peserta telah berkongsi mengenai buku mereka daripada pelbagai genre.

Objektif:

  • Mempopularkan pembacaan di kalangan warga kampus
  • Menggalakkan pembacaan melalui bacaan yang digemari
  • Memperkenalkan bahan bacaan yang digemari
  • Mengadakan saluran perkongsian ilmu melalui pembacaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *