MASA: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI LOKASI: BILIK IT, PTA
PESERTA: PENSYARAH KANAN / PENSYARAH / PELAJAR PhD

Seramai 34 orang peserta terdiri daripada Pensyarah Kanan, pensyarah dan pelajar pasca siswazah Phd telah menyertai Program Literasi Maklumat (Hands –On Pangkalan Data Eikon) yang telah dikendalikan oleh Mr Wai Hong Wong yang merupakan “Account Manager “pihak pembekal Eikon Refinitiv . En Muslim bin Ismail, Pustakawan Kanan PTA Kampus Kota Bharu telah bertindak sebagai Fasilitator semasa sesi ini berlangsung. Pn Nor Azrina Hasbullah dan Nazrol Hisham merupakan AJK yang menguruskan pendaftaran para peserta dan persiapan tempat serta memastikan perkakasan ICT di dalam bilik IT berfungsi dengan baik. Gaya penyampaian penceramah yang sedikit laju menyebabkan ada kalanya para peserta memohon tunjuk ajar diberikan secara lebih perlahan. Rata-rata respon para peserta baik dan memohon program sebegini diteruskan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *