Program : Historical Insight: Sesi Bual Bicara Bersama Pak Latip
Tarikh : 18 September 2019 9 
Lokasi : PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau

Pada 18 September 2019, bermula Jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari telah diadakan program Historical Insight: Sesi Bual Bicara Bersama Pak Latip dimana pihak perpustakaan  telah menjemput  Encik Abdul Latip bin Talib yang merupakan seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia untuk membincangkan topik kemerdekaan Malaysia.

Objektif program ini diadakan adalah untuk:-

  • Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa warga UiTM Kampus Rembau.
  • Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
  • Memupuk minat membaca dikalangan Warga UiTM Kampus Rembau

Encik Abdul Latip bin Talib adalah penulis kelahiran Negeri Sembilan yang sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad.

Sesi ini telah berlansung selama 2 jam dimana En Abdul Latip menceritakan pengalaman beliau sebagai penulis dan pandangan beliau mengenai erti kemerdekaan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:- https://www.facebook.com/ptarrembau/media_set?set=a.627125461144441&type=3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *