Program         :Mini Karnival Read@UNI: Health Care Day

Tarikh             : 18-19 September 2019

Lokasi             : PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

Buat julung kalinya, PTAR dengan kerjasama Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan program Mini Karnival Read@UNI: Health Care Day bagi membudayakan warga yang mencintai ilmu dan membaca, seterusnya peka dengan kesihatan masing-masing. Program ini secara khususnya merupakan salah satu platform perkongsian ilmu serta penyampaian informasi mengenai kesihatan kepada warga kampus. Ianya juga merupakan pemangkin kepada amalan gaya hidup serta pemakanan yang sihat.

Objektif

  • Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan kepada warga kampus.
  • Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus.
  • Menyokong Program Read@Uni bagi membudayakan warga kampus yang berpengetahuan dan mencintai ilmu.
  • Mempromosi bahan bacaan di PTAR yang bertemakan kesihatan.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung antaranya:

  1. Ceramah Kesihatan
  2. Topik: Kemurungan & Potensi bunuh Diri Dalam Kalangan Remaja oleh Dr. Gurveena, Pegawai Perubatan, Jabatan Psikiatri Hospital Bukit Mertajam serta Pn. Nor Salmi Mat Rusli, Pegawai Psikologi Hospital Bukit Mertajam.
  3. Topik: HIV/Aids Dalam Kalangan Remaja: Virusmu Bukan Untukku oleh Dr. Sarah Nur Alya bt Mohd Sofian, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Padang Serai, Kulim, Kedah.
  4. Pameran Kesihatan: Bahaya Rokok
  5. Pameran Buku Kesihatan
  6. Pemeriksaan Kesihatan (BMI,BP,Gluco Test)
  7. Kuiz Pecah Peluh
  8. Senamrobik
  9. Derma Darah
  10. Urutan Kaki & Urutan ‘Stress’
  11. Demo Masakan Sihat oleh Chef Amirul Hakim Zulkifli dari Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTMCPP

Pautan Foto Aktiviti: https://www.facebook.com/library.uitm.penang/posts/1454575684705690

Program Mini Karnival : Health Care Day PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dimulakan pagi ini dengan acara senamrobik yang…

Posted by PTAR Kampus Permatang Pauh on Selasa, 17 September 2019

Program Mini Karnival Read@uni : Health Care Day PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dimulakan pagi ini dengan acara…

Posted by PTAR Kampus Permatang Pauh on Selasa, 17 September 2019

Mini Karnival Read@Uni : Health Care Day😁Ceramah Kesihatan Kemurungan & Potensi Bunuh Diri Dalam Kalangan Remaja (oleh…

Posted by PTAR Kampus Permatang Pauh on Selasa, 17 September 2019

thanks chef amirul sudi berkongsi resepi "makanan sihat"bersama warga kampus UiTMCPP.insyallah tahun depan kami jemput lg.Ramai gadis mai tgk chef buat demo pagi nie 🙂 @read@uni2019#ptarpenang

Posted by Muhamad Ismail Mohd Ali on Rabu, 18 September 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *