Program : Hari Mesra Pelanggan PTAR Kampus Permatang Pauh
Tarikh : 24-26 September 2019
Lokasi : PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh
Program Hari Mesra Pelanggan telah diadakan dengan jayanya pada 24-26 September 2019. Pada program kali ini, Bahagian Pengurusan UiTM Cawangan Pulau Pinang telah turut serta membuka booth dan memberi taklimat HR2U. Majlis perasmian dan penutupan program telah diadakan pada hari terakhir dan disempurnakan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof Madya Ir Dr.Haji Ahmad Rashidy Razali.
Antara aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung adalah:
- Pertandingan teka berat buku, teka muka surat buku, teka jumlah buku
- K-A Ranger
- Pertandingan permainan tradisional
- Kinect X-Box 360 Game
- Pencarian Staf Mesra Pelanggan
- Pencarian Pembaca Aktif
- Anugerah “Library My 2nd Home”
Objektif
- Mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara staf perpustakaan dengan warga kampus UiTM Cawangan Pulau Pinang
- Menyemarak dan menyuburkan minat membaca di kalangan warga kampus
- Meningkatkan kesedaran pengguna dengan mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Pautan Foto Aktiviti: