Program :Mini Karnival Read@UNI: Health Care Day
Tarikh : 18-19 September 2019
Lokasi : PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh
Buat julung kalinya, PTAR dengan kerjasama Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan program Mini Karnival Read@UNI: Health Care Day bagi membudayakan warga yang mencintai ilmu dan membaca, seterusnya peka dengan kesihatan masing-masing. Program ini secara khususnya merupakan salah satu platform perkongsian ilmu serta penyampaian informasi mengenai kesihatan kepada warga kampus. Ianya juga merupakan pemangkin kepada amalan gaya hidup serta pemakanan yang sihat.
Objektif
- Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan kepada warga kampus.
- Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus.
- Menyokong Program Read@Uni bagi membudayakan warga kampus yang berpengetahuan dan mencintai ilmu.
- Mempromosi bahan bacaan di PTAR yang bertemakan kesihatan.
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung antaranya:
- Ceramah Kesihatan
- Topik: Kemurungan & Potensi bunuh Diri Dalam Kalangan Remaja oleh Dr. Gurveena, Pegawai Perubatan, Jabatan Psikiatri Hospital Bukit Mertajam serta Pn. Nor Salmi Mat Rusli, Pegawai Psikologi Hospital Bukit Mertajam.
- Topik: HIV/Aids Dalam Kalangan Remaja: Virusmu Bukan Untukku oleh Dr. Sarah Nur Alya bt Mohd Sofian, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Padang Serai, Kulim, Kedah.
- Pameran Kesihatan: Bahaya Rokok
- Pameran Buku Kesihatan
- Pemeriksaan Kesihatan (BMI,BP,Gluco Test)
- Kuiz Pecah Peluh
- Senamrobik
- Derma Darah
- Urutan Kaki & Urutan ‘Stress’
- Demo Masakan Sihat oleh Chef Amirul Hakim Zulkifli dari Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTMCPP
Pautan Foto Aktiviti: https://www.facebook.com/library.uitm.penang/posts/1454575684705690