Wednesday, 23 Jamadilakhir 1446
Wednesday, 25 December 2024

Data Request

Saya tidak menemui jawapan kepada soalan saya. Apa yang perlu saya lakukan? Open

Jika soalan anda tidak dijawab dalam FAQ ini, anda boleh menghubungi Perpustakaan UiTM melalui aplikasi Chat With Librarian atau telefon…

Jika soalan anda tidak dijawab dalam FAQ ini, anda boleh menghubungi Perpustakaan UiTM melalui aplikasi Chat With Librarian atau telefon Meja Konsultasi ditalian 03-5544 3793. Kami akan dengan senang hati membantu anda.

0 answers13 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Adakah sistem ini selamat untuk digunakan? Open

Ya, sistem ini menggunakan protokol keselamatan yang terkini untuk melindungi data pengguna. Semua maklumat yang dihantar dan diterima melalui sistem…

Ya, sistem ini menggunakan protokol keselamatan yang terkini untuk melindungi data pengguna. Semua maklumat yang dihantar dan diterima melalui sistem ini disulitkan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan maklumat peribadi anda.

0 answers16 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Bolehkah saya menyalurkan maklumat yang diterima kepada pihak lain? Open

Tidak, pemohon hanya dibenarkan menggunakan maklumat yang diterima untuk tujuan yang dinyatakan dalam permohonan. Pemohon tidak dibenarkan menyalurkan maklumat tersebut…

Tidak, pemohon hanya dibenarkan menggunakan maklumat yang diterima untuk tujuan yang dinyatakan dalam permohonan. Pemohon tidak dibenarkan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak lain tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pustakawan.

0 answers19 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Bagaimana cara untuk menyemak status permohonan saya? Open

Anda boleh menyemak status permohonan anda dengan log masuk ke sistem dengan menggunakan ”nombor rujukan permohonan” dan melihat status permohonan…

Anda boleh menyemak status permohonan anda dengan log masuk ke sistem dengan menggunakan ”nombor rujukan permohonan” dan melihat status permohonan dalam bahagian "Sejarah Permohonan" atau "Status Permohonan". Sebarang kemas kini atau pengesahan juga akan dihantar melalui e-mel.

0 answers15 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Apa yang perlu saya lakukan jika permohonan saya ditolak? Open

Jika permohonan anda ditolak, anda akan menerima pemberitahuan melalui e-mel atau sistem dengan sebab penolakan. Anda boleh menghubungi pihak Perpustakaan…

Jika permohonan anda ditolak, anda akan menerima pemberitahuan melalui e-mel atau sistem dengan sebab penolakan. Anda boleh menghubungi pihak Perpustakaan UiTM untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat permohonan baru jika perlu.

0 answers48 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Bolehkah saya mengubah atau membatalkan permohonan yang telah dihantar? Open

Setelah permohonan dihantar, ia tidak boleh dibatalkan atau diubah secara langsung melalui sistem. Sekiranya terdapat kesilapan atau perubahan, sila hubungi…

Setelah permohonan dihantar, ia tidak boleh dibatalkan atau diubah secara langsung melalui sistem. Sekiranya terdapat kesilapan atau perubahan, sila hubungi pihak Perpustakaan UiTM untuk bantuan lanjut.

0 answers28 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Berapa lama masa yang diambil untuk memproses permohonan saya? Open

Masa pemprosesan bergantung kepada jenis maklumat yang dimohon. Secara amnya : Permohonan maklumat umum akan diproses dalam masa 5-7 hari…

Masa pemprosesan bergantung kepada jenis maklumat yang dimohon. Secara amnya :

  • Permohonan maklumat umum akan diproses dalam masa 5-7 hari bekerja.
  • Permohonan untuk data yang lebih terperinci atau laporan khas mungkin memerlukan masa lebih lama. Sebarang kelewatan akan dimaklumkan kepada anda.
0 answers26 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Adakah permohonan saya akan diproses secara automatik? Open

Tidak, permohonan akan diproses oleh pihak Perpustakaan UiTM berdasarkan jenis maklumat yang diminta. Masa pemprosesan biasanya antara 5 hingga 7…

Tidak, permohonan akan diproses oleh pihak Perpustakaan UiTM berdasarkan jenis maklumat yang diminta. Masa pemprosesan biasanya antara 5 hingga 7 hari bekerja. Anda akan menerima pemberitahuan status permohonan melalui e-mel atau dalam sistem.

0 answers18 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Bagaimana cara permohonan maklumatPerpustakaan UiTM untuk tujuan kajian, penyelidikan, atau penerbitan ilmiah dari pihak organisasi atau komuniti luar? Open

Permohonan maklumat daripada pihak luar untuk tujuan kajian, penyelidikan, atau penerbitan ilmiah perlu dikemukakan secara rasmi kepada Ketua Unit Dasar…

Permohonan maklumat daripada pihak luar untuk tujuan kajian, penyelidikan, atau penerbitan ilmiah perlu dikemukakan secara rasmi kepada Ketua Unit Dasar dan Perancangan Strategik. Pemohon juga dikehendaki mengemukakan satu salinan hasil kajian (seperti laporan atau penerbitan) yang perlu disertakan dengan penghargaan kepada UiTM.

0 answers20 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Bagaimana cara untuk memohon maklumat bagi tujuan kajian atau penyelidikan ilmiah di UiTM? Open

Permohonan untuk tujuan kajian atau penyelidikan ilmiah perlu dikemukakan kepada Ketua Unit Dasar dan Perancangan Strategik, bersama kertas cadangan penyelidikan…

Permohonan untuk tujuan kajian atau penyelidikan ilmiah perlu dikemukakan kepada Ketua Unit Dasar dan Perancangan Strategik, bersama kertas cadangan penyelidikan yang telah disahkan oleh Dekan Fakulti atau Pengarah. Selain itu, pemohon juga dikehendaki mengemukakan satu salinan hasil kajian (seperti laporan atau penerbitan) yang perlu disertakan dengan penghargaan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

0 answers29 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Adakah saya perlu membuat permohonan jika maklumat tersebut sudah tersedia dalam talian? Open

Jika maklumat yang diminta telah tersedia dalam talian seperti di portal atau repositori terbuka Perpustakaan UiTM, anda tidak perlu membuat…

Jika maklumat yang diminta telah tersedia dalam talian seperti di portal atau repositori terbuka Perpustakaan UiTM, anda tidak perlu membuat permohonan. Anda boleh merujuk terus kepada laman web atau sistem untuk mengakses maklumat tersebut.

0 answers12 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Apakah jenis maklumat yang boleh saya mohon melalui sistem ini? Open

Melalui Library Data Request System, anda boleh memohon maklumat rasmi perpustakaan yang berstatus “Terbuka” sahaja seperti: Senarai bahan perpustakaan (buku,…

Melalui Library Data Request System, anda boleh memohon maklumat rasmi perpustakaan yang berstatus “Terbuka” sahaja seperti:

  1. Senarai bahan perpustakaan (buku, jurnal, e-buku, dsb.)
  2. Data penggunaan perpustakaan (bilangan pinjaman, penggunaan bahan, dsb.)
  3. Statistik perkhidmatan
  4. Senarai koleksi khas atau bahan rujukan
0 answers17 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Bagaimana cara untuk membuat permohonan melalui sistem ini? Open

Anda boleh membuat permohonan seperti langkah berikut: Pelajar / Staf UiTM: 1.Log masuk ke MyKM Portal menggunakan akaun GMail UiTM:…

Anda boleh membuat permohonan seperti langkah berikut:

Pelajar / Staf UiTM:

1.Log masuk ke MyKM Portal menggunakan akaun GMail UiTM: (https://mykm.uitm.edu.my/rasmi/page0.php?p=01)

2.Pilih menu services dan Pilih Library Data Request.

3.Isi borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan, termasuk butiran spesifik mengenai jenis maklumat yang diminta.

4.Muatnaik Aku Janji Kerahsiaan Maklumat Rasmi UiTM dan dokumen sokongan yang berkenaan.

5.Hantar permohonan dan tunggu pengesahan melalui e-mel atau status dalam sistem.

Organisasi / Komuniti luar:

1.Layari laman web perpustakaan : https://library.uitm.edu.my/en/

2.Pilih menu Discover > Highlight dan Pilih Library Data Request.

3.Isi borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan, termasuk butiran spesifik mengenai jenis maklumat yang diminta.

4.Muatnaik Aku Janji Kerahsiaan Maklumat Rasmi UiTM beserta surat rasmi dengan menggunakan kepala surat (letter head) bagi Kementerian/Agensi/Syarikat yang dialamatkan kepada:

Ketua Pustakawan

Perpustakaan Tun Abdul Razak

Universiti Teknologi MARA,

40450 Shah Alam, Selangor

5.Hantar permohonan dan tunggu pengesahan melalui e-mel atau status dalam sistem.

0 answers21 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Bolehkah saya menjadi agen atau wakil bagi pihak lain untuk membuat permohonan maklumat ini? Open

Tidak, pemohon tidak dibenarkan untuk bertindak sebagai agen atau wakil bagi pihak lain dalam membuat permohonan maklumat ini.

Tidak, pemohon tidak dibenarkan untuk bertindak sebagai agen atau wakil bagi pihak lain dalam membuat permohonan maklumat ini.

0 answers19 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Siapakah yang boleh menggunakan Library Data Request System? Open

Warga UiTM (Staf, Pelajar, Pentadbir) Organisasi Penyelidik
  1. Warga UiTM (Staf, Pelajar, Pentadbir)
  2. Organisasi
  3. Penyelidik
0 answers21 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
0

Apa itu Library Data Request System? Open

Library Data Request System adalah sistem dalam talian yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM untuk membolehkan pengguna membuat permohonan rasmi untuk…

Library Data Request System adalah sistem dalam talian yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM untuk membolehkan pengguna membuat permohonan rasmi untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan koleksi perpustakaan. Melalui sistem ini, pengguna boleh memohon maklumat tentang bahan perpustakaan, laporan, statistik penggunaan, dan banyak lagi.

0 answers23 viewsPosted 4 weeks agoby adminweb
Was this helpful?
1

Please publish modules in offcanvas position.