๐๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐ฎ๐ก๐๐ซ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐๐๐ : Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam telah menganjurkan kursus Bacaan Pantas yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf UiTM Cawangan Selangor untuk mempelajari, memahami dan menggunakan teknik bacaan pantas (Speed Reading) dalam aktiviti pembacaan harian mereka. Kursus ini juga merupakan salah satu usaha pihak PTAR KPA untuk menyemarakkan minat membaca dan mencambah program Budaya Ilmu@UiTM.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Hani Liza Norfin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Puncak Alam selaku Instruktor dan dibantu oleh dua (2) orang fasilitator iaitu Puan Siti Salwa Abd Rahman, Pustakawan Kanan, PTAR Shah Alam dan Puan Nurul Aida Noor Azizi, Pustakawan Kanan, PTAR Shah Alam.
Para peserta telah diterangkan dan diberikan latihan menggunakan teknik bacaan pantas seperti ๐๐๐ฉ๐ ๐๐ช๐๐๐๐ฃ๐, ๐๐๐๐ฃ๐ฃ๐๐ฃ๐ & ๐๐ ๐๐ข๐ข๐๐ฃ๐ serta kaedah untuk mengukur kadar kepantasan dalam aktiviti pembacaan.
Menurut penceramah, latihan yang konsisten dan berterusan perlu dilakukan oleh para peserta bagi meningkatkan lagi kemahiran penguasaan bacaan pantas masing-masing.
Semoga perkongsian teknik bacaan pantas yang disampaikan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya khususnya dalam urusan kerja dan kehidupan seharian mereka.