8 Julai 2024 – Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah melaksanakan Program Speed Reading Dari Seberang yang melibatkan 10 orang pelajar dari Universitas Airlangga, Indonesia. Para pelajar ini merupakan pelajar yang terlibat dengan program tertukaran pelajar diantara UiTM Cawangan Kedah dan Universitas Airlangga dan ini merupakan kali pertama pelajar-pelajar ini didedahkan tentang teknik bacaan pantas. Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Amiruddin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan selaku instruktor Program Speed Reading.
Sesi yang dijalankan selama 2 jam dimana para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan teknik bacaan pantas dan dan peluang kepada para peserta untuk mengetahui dan mempelajari teknik bacaan pantas bagi meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta menggalakkan aktiviti pembacaan kepada warga UiTM. Perkongsian dan penerangan mengenai asas tip-tip bacaan pantas telah menarik minat daripada peserta yang hadir dengan pelbagai jenis aktiviti yang menguji tahap pembacaan pantas setiap peserta.