Ceramah Kesihatan Pergigian & Oral Kaviti oleh Dr.Amalynna D.D.S (Lincoln) – Alumni UiTM

PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia UiTM KBM telah menjayakan Ceramah Kesihatan Pergigian dan Oral Kaviti pada ketetapan berikut:

Tarikh: 13 Jun 2024 (Khamis) | Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Tempat: PTAR aras 12 KBM

Penceramah: Dr. Nur Amalynna Mohd Kamal Basheer (Klinik Pergigian Dental Square)

Ceramah ini bertujuan menggalakkan penjagaan pencegahan, mendidik tentang kaitan antara kesihatan mulut dan kesihatan keseluruhan, dan menggalakkan pengesanan awal isu pergigian, sambil memupuk kesedaran dan sokongan masyarakat. Objektif program ini diadakan bertujuan untuk:-

  1. Memberi pendidikan tentang kepentingan menjaga gigi.
  2. Berkongsi pengetahuan tentang kesihatan pergigian dan oral kaviti
  3. Memberi pendedahan dan panduan cara-cara pembersihan dan penjagaan gigi di peringkat bayi hingga dewasa

Peserta juga dapat mengunjungi pameran dan jualan barangan kesihatan oral. Peserta program ini terbuka kepada staf dan juga pelajar UiTM KBM.

Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *