Program Mobile Library @ Fakulti Sains Kesihatan

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus puncak Alam telah mengadakan Program Mobile Library@Fakulti Sains Kesihatan sempena FSK Healthfest Carnival di Bangunan Fakulti Sains Kesihatan pada 5 Jun 2024 (Rabu).

Objektif program adalah :

i. Mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan kepada para pelajar Fakulti Sains Kesihatan.
ii. Menjalinkan hubungan yang baik antara Fakulti Sains Kesihatan dan perpustakaan.
iii. Membantu para pelajar Fakulti Sains Kesihatan untuk meningkatkan pengetahuan tentang kaedah pencarian bahan rujukan dengan lebih efisien.

Seramai 171 peserta telah berkunjung ke booth PTAR yang terdiri daripada pelajar, staf dan komuniti setempat.

Selain mempromosikan perpustakaan, turut diadakan aktiviti menguji minda bersama pengunjung antaranya permainan soduko, teka silang kata dan shelving game.

Pihak PTAR mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta dan pihak fakulti sepanjang program berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *