Pada 29 Jun 2024, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Majlis Perwakilan Pelajar, dan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan Program SAY NO TO DRUG – SKUAD ANTIDADAH UNTUK BELIA dengan kolaborasi bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Melaka Tengah. Program bermula pada 8.00 pagi – 2.00 petang. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti ‘walking message’, Forum ( Persatuan PENGASIH Malaysia dan ‘Drug Recovery Person’, Pertandingan Tik Tok (Dari 4 Jun – 24 Jun 2024), Kuiz Anti Dadah dan Pameran Khas Dadah dari AADK. Pencarian ahli baru bagi Skuad Anti Dadah di kalangan mahasiswa turut diadakan pada sesi ini . Penyertaan seramai 207 orang pelajar dari pelbagai IPT yang ada di Daerah Melaka Tengah ini dilihat sebagai usaha yang positif dan proaktif. Antara IPT yang turut menyertai program ini ialah UiTM Cawangan Melaka, Micost, Kolej Profesional MARA, UTEM dan Cosmopoint.
Objektif program ini di adakan adalah seperti berikut :
- Memberi pendedahan tentang maklumat bahaya dadah, arak, rokok, vape, inhalan, HIV(DARVIH) dan bahan terlarang yang lain.
- Memberi ketahanan dan jati diri pada remaja untuk menolak pengaruh DARVIH dan bahan terlarang yang lain.
- Memberi pendedahan tentang gaya hidup sihat dan dapat menghindar dari pengaruh negatif di kalangan remaja
Majlis penutup program ini dirasmikan oleh YB Tuan P. Shanmugam A/L Pitchay selaku Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka, En. Mohd Asri Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka dan Dr Mohd Halim Mahpoth Penolong Rektor UiTM KBM.
Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
https://linktr.ee/ptaruitmmelaka