Ekspo Selangkah ke-UiTM (ESKU) 2024

Ekspo Selangkah ke-UiTM (ESKU) 2024 telah dijalankan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Aras 1, UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Bermula pada Jumaat – Sabtu 7-8 Jun 2024.

YBhg. Rektor, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini telah merasmikan majlis penutup ESKU2024 dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas yang menjayakan ESKU2024 kali ini. Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 564 pada hari pertama dan diikuti seramai 1332 pada hari berikutnya. Jumlah keseluruhan adalah seramai 1896 orang pengunjung.

Sebanyak 17 pempamer telah terlibat pada sesi Ekspo Selangkah Ke UiTM pada kali ini. Barisan penyambut tetamu/petugas booth/kakitangan yang terlibat telah memberikan layanan mesra dan mengekalkan etika profesionalisme kepada para peserta sepanjang Ekspo Selangkah ke UiTM berlangsung. Justeru itu pertandingan ‘booth’ terbaik telah diadakan bagi memeriahkan dan sebagai pemangkin semangat para petugas untuk lebih berdedikasi dalam tugasan masing-masing. Antara yang menyertai ‘booth’ kali ini ialah Fakulti Penggurusan & Perniagaan, Fakulti Penggurusan Hotel dan Pelancongan, Fakulti Perakaunan, Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik & Matematik, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Akademi Pengajian Bahasa, Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari, Institut Pendidikan Persediaan UiTM, Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional dan Institut Pengajian Siswazah.

Ekspo kali ini dimeriahkan lagi dengan aneka jualan daripada pengusaha ‘foodtruck’ dan vendor luar yang telah setuju menerima pelawaan jualan tapak daripada pihak Hal Ehwak Pelajar UiTM KBM seperti Fanoni Home Bakery Dessert, Takoyaki Kak Wani, Churros, Keropok Lekor, Ayam Gunting FOODTRUCK, Coconut Shake FOODTRUCK, Air Balang & Potato Rings Kak Liza dan Sushi Hantu. Jualan ‘foodtruck’ / pengerai ini di jalankkan di kawasan tempat letak kereta UiTM KBM.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir sepanjang 2 hari program dijalankan. Diharap program ini telah dapat memberikan manfaat yang besar kepada adik-adik lepasan SPM2023 serta semua pengunjung yang hadir.

Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *