LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2024 (PBAKL)

📅 Tarikh: 29 Mei 2024 (Rabu)

📍 Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

📚 Peserta terdiri daripada warga kampus Jengka yang kerap menggunakan perkhidmatan perpustakaan pada tahun 2023, antaranya:

– Menyertai Kelas Kemahiran Maklumat (KKM).

– Peminjam buku terbanyak.

– Hadir ke Perpustakaan.

Lawatan ini bukan sekadar lawatan biasa. Ia adalah sebahagian daripada misi kami untuk memupuk minat membaca dalam kalangan para pelajar. Kami percaya bahawa membaca adalah kunci untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDG): SDG 4 (Quality Education). Kami berdedikasi untuk menyokong pembudayaan ilmu, khususnya dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UiTM Cawangan Pahang.

Seramai 29 orang peserta telah menyertai lawatan ke Pesta Buku ini. Kami ingin mengucapkan ribuan & jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang kerana sama-sama menyokong program pembudayaan ilmu ini. Kami berharap inisiatif ini dapat meningkatkan lagi budaya membaca dikalangan warga kampus dan melahirkan generasi yang berilmu.

Untuk anda yang berada di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti menarik kami di Perpustakaan Al-Bukhari. Kami ada banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang bakal dilaksanakan. Jadi, jom kita jumpa di program seterusnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *