Leading with Knowledge

Program Literasi Sekolah: Leading with Knowledge Bersama Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kg Awah & Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19

🗓️Tarikh: 09 Mei 2024

⏰Masa: 8:00a.m. – 1:00p.m

📍Tempat: Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka

OBJEKTIF PROGRAM:

  1. Meningkatkan ketampakan (visibility) Perpustakaan Al-Bukhari dari usaha-usaha pembudayaan ilmu.
  2. Menjalin jaringan kerjasama antara Perpustakaan Al-Bukhari dengan pihak sekolah melalui program celik maklumat.
  3. Menyokong Key Performance Indicator (PI) 4: Bilangan Pengunjung Fizikal Perpustakaan iaitu sebanyak 128,600 setahun.
  4. Menyokong Key Performance Indicator (KPI) 5: Bilangan Penyertaan Program Budaya Ilmu iaitu sebanyak 287,800 penyertaan setahun.
  5. Menyokong Performance Indicator (PI) 8 : Bilangan Penyertaan Kerjasama Komuniti Perpustakaan iaitu sebanyak 10,000 penyertaan setahun.
  6. Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu UiTM Cawangan Pahang yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG): SDG 4 (QualityEducation) dan SDG 17 (Partnerships for the Goals).

Selain itu, satu jalinan kolaborasi termeterai antara Sekolah Kebangsaan LKTP Kampong Awah Temerloh, Pahang dan Sekolah Kebangsaan (Lktp) Jengka 19, Bandar Pusat Jengka, Pahang dengan pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Jalinan ini bertujuan merapatkan lagi hubungan dua pihak melalui aktiviti dan program yang bakal dijalankan di masa akan datang seterusnya membantu dalam membangunkan potensi kecemerlangan pelajar.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada peserta yang telah menyertai LEADING WITH KNOWLEDGE di PERPUSTAKAAN AL BUKHARI.

Selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *