FORUM BICARA ZAKAT : WAQAF DAN ZAKAT , MEMBAWA BERKAT

15 Mei 2024, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Unit Waqaf, Zakat dan Infaq (EL-WAZIF), UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Forum Bicara Zakat dengan tajuk Waqaf dan Zakat, Membawa Berkat di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini dibawakan secara khas secara fizikal dan siaran langsung YouTube rasmi UiTM Cawangan Melaka.

Panel forum terdiri daripada Ustaz Faizul bin Shaiffe, Eksekutif Zakat PPZ- MAIWP dan Encik Mohamad Noor Sahidi bin Johari, Ketua Penyelidikan Syariah dan Pusat Kecemerlangan Etiqa Takaful bersama moderator Prof. Madya Dr. Mohd Faizal bin P.Rameli, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka.

Objektif utama forum ini diadakan adalah :

i. Menggalakkan warga UiTM membuat potongan zakat

ii. Menyemarakkan kesedaran berzakat dalam kalangan warga

iii.Memberi manfaat dan impak yang besar kepada pembayar dan penerima zakat

iv. Memastikan pembayar zakat terus memainkan peranan dan golongan penerima dapat terus dibantu

Selain itu, terdapat reruai yang disediakan sepanjang program berlangsung. Antaranya :

1. Jom Tunai Zakat Bersama UiTM Melaka dari Unit Waqaf, Zakat dan Infaq, UiTM Cawangan Melaka (EL-WAZIF)

2. Tabung Haji, Alor Gajah, Melaka

Terima kasih diucapkan kepada para panelis yang berpengalaman yang telah berkongsi ilmu, pengalaman, dan pandangan mereka tentang bagaimana pengurusan waqaf dan zakat yang efektif dapat memperkasakan ekonomi ummah seterusnya membawa keberkatan dalam kehidupan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *