PERTANDINGAN “SPELL IT RIGHT IN JAWI”

15 Mei 2024, Khamis – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Pertandingan โ€œSpell It Right In Jawiโ€ di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Objektif utama pertandingan ini dianjurkan sebagai salah satu usaha dalam menyebarkan keindahan dan keunikan seni tulisan Jawi.

Setinggi tahniah kepada pemenang Pertandingan “Spell It Right in Jawi” :

1. Saudari Widad Nasuha binti Ahmad Hisham, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah (Johan)

2. Saudari Nur Azwa Syuhada binti Gani, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah (Naib Johan)

3. Saudara Muhammad Firdaus bin Zaini, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah (Tempat ketiga)

Terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) yang bersama- sama menjayakan program ini. Semoga mendapat manfaat bersama dalam penglibatan aktiviti seperti ini khususnya kepada pelajar serta dapat memelihara dan menjaga kelestarian tulisan Jawi sebagai lambang identiti dan warisan yang tidak ternilai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *