Ulasan Buku sempena Jom Baca 10 Minit

Pada hari Selasa, 23 April 2024 telah berlangsungnya program โ€œUlasan Buku sempena Jom Baca Selama 10 Minitโ€ yang bertempat di Library Community Engagement (LCE) Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama, UiTM Shah Alam. Seramai 8 pelajar latihan industri telah menyertai program ulasan tersebut.
Program ini berlangsung selama sejam bermula pukul 2.30 sehingga 3.30 petang.

Program Jom Baca Selama 10 Minit ini merupakan program yang diadakan bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April pada setiap tahun secara serentak seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun PTAR UiTM Shah Alam telah membuat sedikit perubahan dengan melaksanakan program ulasan buku yang disertai oleh pelajar latihan industri yang menjalankan latihan industri mereka di PTAR UiTM Shah Alam. Mereka telah membuat ulasan buku pilihan mereka selama 10 minit.

8 pelajar tersebut telah membuat ulasan buku yang memberi impak kepada diri sendiri dan juga para penonton. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat memupuk para pelajar untuk lebih memahami kandungan buku yang dibaca dan bukan lah hanya sekadar membaca tanpa memahaminya.

Slogan “Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa” ini sesuai dengan program ulasan buku ini selain dapat menerapkan pembudayaan ilmu melalui pembacaan dan juga dapat meningkatkan kepentingan membaca dikalangan pelajar.

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *