30 Minit Read@UiTM Siri 1

Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan Program 30 Minit Read@UiTM Siri 1 pada 29 Mac 2023 di Ruang Library Community Engagement, Perpustakaan Sultan Badlishah. Program ini melibatkan kakitangan perpustakaan yang mana para kakitangan perpustakaan dikehendaki membuat ulasan bahan bacaan dan seterusnya berkongsi dengan warga perpustakaan hasil pembacaan mereka.

Program diadakan selama 30 minit dan dilaksanakan secara bersiri bagi memberi peluang kepada semua kakitangan untuk sama-sama terlibat dalam program ini. pada Siri 1 kali ini, ulasan bahan telah disampaikan oleh Cik Amizatul Athira Zulkifle, Pelajar Latihan Industri di Perpustakan Sultan Badlishah. Beliau telah membuat ulasan bahan yang bertajuk Gadis Bestari Ada Simpanan Sendiri hasil tulisan Dr. Azizul Azli Ahmad. Melalui sesi ulasan ini juga, para peserta telah bertanyakan soalan dan memberikan pendapat berdasarkan ulasan yang dikongsikan bersama peserta.

Antara objektif yang ingin dicapai dengan penganjuran program ini adalah :

i. Mengalakkan dan memupuk budaya membaca khususnya di kalangan warga Perpustakaan Sultan Badlishah.

ii. Memberi pendedahan kepada kakitangan dengan teknik dan kemahiran dalam penyampaian maklumat melalui ulasan bahan bacaan.

iii. Mempromosikan bahan bacaan di Perpustakaan Sultan Badlishah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *