Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan Program Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan: Book Review “Rahsia Di Balik Puasa” pada 21 Mac 2023 di Ruang Library Community Engagement, Perpustakaan Sultan Badlishah. Program buat pertama kali ini melibatkan staf perpustakaan dan para pengguna yang berada di perpustakaan.
Program diadakan selama 1 jam dikendalikan oleh En. Muzammil Mohd Mustaffa, Pembantu Pustakawan Kanan dan En. Mohd Amin Zainol yang merupakan Pembantu Pustakawan dari Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah. Mereka telah membuat ulasan bahan yang bertajuk Asrar As Saum Rahsia Di Sebalik Puasa hasil tulisan Dr. Sa’ada Ibrahim Solah. Melalui sesi ulasan ini juga, para peserta telah bertanyakan soalan dan memberikan pendapat berdasarkan ulasan yang dikongsikan bersama peserta.
Antara objektif yang ingin dicapai dengan penganjuran program ini adalah :
i. Mengalakkan dan memupuk budaya membaca khususnya di kalangan warga Perpustakaan Sultan Badlishah.
ii. Memberi pendedahan kepada pelajar baharu dan mendekatkan para pengguna dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak perpustakaan.
iii. Mempromosikan bahan bacaan di Perpustakaan Sultan Badlishah