Sesi Bersama Penerbit Web Of Science telah diadakan pada 24 Mei 2022. Dipaparkan di Youtube Rasmi Perpustakaan UiTM dan Facebook Rasmi PTAR Kampus Puncak Alam.
Program ini merupakan satu pendekatan yang holistik untuk mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra, telus, cekap kepada pelanggan untuk mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di perpustakaan. Program ini juga bertujuan untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelanggan untuk mengenali perpustakaan secara umum dan dalam masa yang sama melaksanakan aktiviti kearah melahirkan warga/pelajar yang inovatif, kreatif, prograsif dan berilmu. Program ini juga dapat menarik pengunjung ke perpustakaan samaada secara fizikal atau maya dan dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.
Objektif :
- Memantapkan kerjasama PTAR & Bahagian Penyelidikan dan Inovasi UiTM Cawangan Selangor berkaitan pendaftaran penerbitan ke dalam Sistem Prime UiTM.
- Memberi tunjuk ajar dan pendedahan kepada para penulis dan penyelidik menggunakan Pangkalan Data Scopus & Web Of Science.
- Memastikan pendaftaran link penulisan yang betul berkaitan penerbitan di Scopus & Web Of Science.
- Mekanisma yang sesuai untuk mempromosi perkhidmatan, koleksi dan kemudahan baharu PTAR UCS.
- Meningkatkan ketampakan PTAR UCS dalam menyokong aktiviti pembudayaan ilmu dan penyelidikan warga UiTM.
- Prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelanggan perpustakaan.
Peserta : 163 orang peserta
Impak program :
- Meningkatkan tahap kecekapan pengguna untuk menggunakan kemudahan perpustakaan untuk dijadikan sumber rujukan.
- Meningkatkan kesedaran pengguna terutamanya para pensyarah dalam proses validasi penerbitan prisma.
- Meningkatkan penggunaan Pangkalan Data Atas Talian PTAR bagi menyokong program pembelajaran dan pengajaran warga kampus terutama para penyelidik.
Panel :
Mr. Vishav Sharma, Regional Solutions Consultant at Clarivate, India (Penerbit Web of Science)