Program ini merupakan satu pendekatan yang holistik untuk mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra, telus, cekap kepada pelanggan untuk mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di perpustakaan.
Sesi pertama telah diadakan pada 24 Mei 2022
Perasmian Program :
Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan & Inovasi
Panel :
i. En. Kamarulzaman Bin Mohammed Yussof, Wakil Pemasaran Cuepacs
ii. Mr. Vishav Sharma, Regional Solutions Consultant at Clarivate, India (Penerbit Web of Science)
iii. Mr. Nicholas Pak, Senior Customer Consultant, Singapore (Penerbit Scopus)
Moderator :
i. Profesor Madya Dr. Aida Maria Ismail, Koordinator Pengurusan Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan & Inovasi
ii. Dr. Mohd Shihabuddin Ahmad Noorden, Penyelaras (Hubungan Industri & Antarabangsa), Bahagian Penyelidikan & Inovasi
iii. Pn. Norliza Othman, Pustakawan Kanan, PTAR Kompleks Alam Bina & Senireka.
Butiran Program :
MASA | PROGRAM |
9.00 – 10.30 pagi | Perasmian Program & Sesi Bersama Penerbit Scopus |
11.00 – 12.30 tengahari | Sesi Bersama Penerbit Web Of Science |
2.30 – 4.00 petang | Sesi Bersama Cuepacs-Care |
Objektif :
i. Memantapkan kerjasama PTAR & Bahagian Penyelidikan dan Inovasi UiTM Cawangan Selangor berkaitan pendaftaran penerbitan ke dalam Sistem Prime UiTM.
ii. Memberi tunjuk ajar dan pendedahan kepada para penulis dan penyelidik menggunakan Pangkalan Data Scopus & Web Of Science.
iii. Memastikan pendaftaran link penulisan yang betul berkaitan penerbitan di Scopus & Web Of Science.
iv. Mekanisma yang sesuai untuk mempromosi perkhidmatan, koleksi dan kemudahan baharu PTAR UCS.
v. Meningkatkan ketampakan PTAR UCS dalam menyokong aktiviti pembudayaan ilmu dan penyelidikan warga UiTM.
vi. Prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelanggan perpustakaan.
vii. Meningkatkan pengetahuan warga UiTM dan Komuniti.
Peserta :
Jumlah peserta adalah seramai 609 orang.
Sesi Bersama Penerbit Scopus : 248 Peserta
Sesi Bersama Penerbit Web Of Science : 163 Peserta
Sesi Bersama Cuepacs-Care : 198 Peserta
Impak program :
i. Meningkatkan tahap kecekapan pengguna untuk menggunakan kemudahan perpustakaan untuk dijadikan sumber rujukan.
ii. Meningkatkan kesedaran pengguna terutamanya para pensyarah dalam proses validasi penerbitan prisma.
iii. Meningkatkan penggunaan Pangkalan Data Atas Talian PTAR bagi menyokong program pembelajaran dan pengajaran warga kampus terutama para penyelidik.