![]()
Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa melahirkan pemimpin unggul yang mendukung misi jaringan industri, komuniti & alumni. Dari tahun 2007 hingga kini, enam tokoh telah memacu UiTM dalam memperkukuh kerjasama strategik, memperluas jaringan keusahawanan serta mengangkat nama universiti di peringkat global.
Daripada Profesor Dr. Mohamad Kamal Haji Harun sebagai perintis, hingga Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, setiap pemimpin meninggalkan legasi dan pencapaian tersendiri demi kemajuan industri, komuniti dan alumni UiTM.
| Bil | Nama | Tempoh | Jawatan |
| 1 | Profesor Dr. Mohamad Kamal Haji Harun | 2007 – 2010 | TNC (Jaringan Industri & Masyarakat) |
| 2 | Profesor Dr. Hajah Norsaadah Haji Ismail | 2011 – 2016 | TNC (Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni) |
| 3 | Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah | 2016 – 2018 | TNC (Jaringan Industri, Komuniti, Alumni & Keusahawanan) |
| 4 | YBhg. Profesor Dato’ Dr. Rahmat Mohamad | 2018 – 2021 | TNC (Jaringan Industri, Komuniti & Alumni) |
| 5 | Profesor Dr. Hariri Abdullah | 2021 – 2023 | TNC (Jaringan Industri, Komuniti & Alumni) |
| 6 | Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah | 2023 – 30 September 2025 | TNC (Jaringan Industri, Komuniti & Alumni) |
Kami abadikan juga poster-poster lantikan serta penghargaan terima kasih sepanjang perjalanan perkhidmatan pemimpin ini sebagai tanda kenangan dan penghormatan atas dedikasi yang telah dicurahkan.
Menerusi pengumuman rasmi UiTM pada 7 Oktober 2025, Profesor Dr. Yamin Yasin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dilantik Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) Universiti Teknologi MARA mulai 30 September 2025.

Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah

