Sejak penubuhannya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dipimpin oleh tokoh-tokoh hebat dalam bidang Hal Ehwal Pelajar yang berperanan besar membentuk kepimpinan mahasiswa dan mencorakkan landskap pembangunan pelajar. Barisan kepimpinan ini menjadi tulang belakang dalam melaksanakan agenda pembangunan pelajar UiTM, memastikan mahasiswa bukan sahaja cemerlang akademik, malah berdaya saing di peringkat global.

Barisan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM terdiri daripada :

Bil Nama  Jawatan Tempoh Perkhidmatan
1 YBhg. Profesor Dato’ Dr. Adnan Alias Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) 2001
2 YBhg. Profesor Dato’ Dr. Haji Nasuddin Othman Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) 2001 – 2005
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) 2005 – 2010
3 YBhg. Profesor Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) 2010 – 2011
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) 2011 – 2019
4 Profesor Dr. Azizan Abdullah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) 1 Mac 2019 – 2021
5 Profesor Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) 14 Jun 2021 – sehingga kini

 

Kami abadikan juga poster-poster lantikan serta penghargaan terima kasih sepanjang perjalanan perkhidmatan pemimpin ini sebagai tanda kenangan dan penghormatan atas dedikasi yang telah dicurahkan.

Profesor Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi

Profesor Dr. Azizan Abdullah