Biografi

Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan

Negeri Kelahiran: Melaka

Tarikh Lahir: 24 Julai 1979.

Pendidikan

  • Professional Technologist (Ts.) - Major : Information & Communication Technology (IT
    2019 - Malaysian Board of Technologist
  • CS770 - Master of Science in Information Technology
    2005 - Universiti Teknologi MARA
  • IS221 - Bachelor of Information Science (Hons) Information Systems Management
    2003 - Universiti Teknologi MARA
  • CS110 - Diploma in Computer Science
    2000 - Universiti Teknologi MARA

Anugerah

Keanggotaan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan / Universiti Awam

  • Pengerusi Jawatankuasa Rekod dan Arkib Universiti Awam
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembudayaan Ilmu Universiti Awam
  • Majlis Jawatankuasa Ketua Pustakawan UA
  • Jawatankuasa Persidangan Perpustakaan Universiti & Perpustakaan Negara Malaysia (PERPUN)
  • Jawatankuasa Open Access Perpustakaan Universiti Awam
  • Jawatankuasa Standard Katalog Kebangsaan
  • Jawatankuasa Teknikal Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi

Keanggotaan Jawatankuasa Peringkat UiTM

  • Jawatankuasa Induk Sumber Manusia
  • Jawatankuasa Induk Peningkatan Kerjaya Sumber Manusia
  • Jawatankuasa Induk Pembangunan Sumber Manusia
  • Jawatankuasa Tatakelola UiTM
  • Jawatankuasa Pelaksanaan MoU UiTM & IIM
  • Jawatankuasa Induk Pengurusan Tenaga (JKIPT)
  • Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Rekod Universiti

Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan memulakan karier sebagai Pustakawan gred S41 di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Shah Alam pada 1 Julai 2005. Kemudian, beliau dilantik sebagai Ketua Bahagian Perancangan Strategik tahun 2011. Enam tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, sebelum menjawat Ketua Jabatan Pengurusan Perpustakaan pada tahun 2022. Pada 8 Oktober 2024 beliau dilantik menjawat jawatan Ketua Pustakawan UiTM yang ke-8.

Sepanjang karier, Ts. Haji Azizi telah terlibat dalam transformasi pendigitalan Perpustakaan UiTM. Berdasarkan kepada latar belakang beliau iaitu bidang teknologi, maka beliau meneruskan pelan transformasi Perpustakaan UiTM dengan cemerlang.

Di samping itu juga, beliau amat cemerlang dalam penglibatan Kumpulan Inovatif dan Kreatif dan Kecemerlangan Operasi. Berjaya mengharumkan nama Universiti di pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara kejayaan yang diraih adalah,

Antara inisiatif Baharu yang diperkenalkan adalah Library Community Engagement, Personalized Education, Pelan Pembangunan Bakat dan Penciptaan Pengetahuan.

Pencapaian terbaru adalah memastikan kedudukan Ranking Web of Repositories UiTM berada di ranking 36 dunia dan tempat pertama di Malaysia.

Di samping itu, usaha mengumpulkan dan mendigitalkan bahan Jawi dilaksanakan dan boleh diakses melalui inisiatif Repositori Jawi UiTM

Inisiatif pembangunan sistem Baharu dengan menggunakan kepakaran staf dalaman PTAR telah dimulakan pada Januari 2024 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2024. Sistem Baharu Perpustakaan UiTM yang dinamakan PERMATA (Perpustakaan Revolusi Maklumat Teknologi AI), telah digunapakai pada bermula 1 Januari 2025. PERMATA direka untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan integrasi dengan sistem Universiti bagi meningkatkan kecekapan pengurusan perpustakaan dan memperkasa pengalaman pengguna namun paling signifikan adalah:

1. Penjimatan besar kepada wang UiTM setelah 31 tahun (1994-2024) sistem Perpustakaan bergantung kepada kepakaran vendor luar.


Sumber:

  1. Laman Web Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM