Pejabat Bendahari merupakan nadi utama pengurusan kewangan bagi seluruh sistem Universiti Teknologi MARA seperti mana yang termaktub di dalam Akta UiTM 173 (Pindaan 2000). Pada peringkat awal penubuhan Institut Teknologi MARA, Pejabat Bendahari (pada ketika itu dipanggil Bahagian Kewangan), diwujudkan untuk mengendalikan urusan kewangan Institut iaitu urusan penerimaan bayaran yuran pengajian/sumbangan daripada pelajar, pembayaran elaun kepada pelajar, gaji dan tuntutan staf, pengurusan perolehan barang/perkhidmatan/kerja, pengurusan harta benda dan pengurusan akaun. Semua urusan dibuat secara berpusat (centralised) di Pejabat Bendahari, Institut Teknologi MARA, Shah Alam.
Selaras dengan perkembangan UiTM, daripada Maktab RIDA dalam tahun 1956 kepada Institut Teknologi MARA dalam tahun 1967 dan seterusnya mendapat status Universiti pada 26 Ogos 1999, skop tugas Pejabat Bendahari turut diperluaskan. Keadaan ini telah mewujudkan penubuhan Pejabat Bendahari di UiTM Cawangan serta penubuhan Unit Kewangan Zon di UiTM Induk. Pejabat Bendahari UiTM Kampus diketuai oleh Timbalan Bendahari Kanan, Timbalan Bendahari, Penolong Bendahari Kanan, Penolong Bendahari & Penolong Akauntan, mengikut bilangan pelajar dan keperluan pengurusan. Bidang tugas utama PBUiTM Kampus ialah mengendalikan urusan penerimaan hasil, kewangan pelajar, bajet, perolehan melalui Sebut Harga Rasmi dan Pembelian Terus, rekod harta benda, pembayaran dan akaun.
Antara Bendahari yang telah berkhidmat adalah dari dulu sehingga kini adalah :
# | Nama | Tempoh Perkhidmatan | Inisiatif |
---|---|---|---|
1 | Pn. Aliah Mohd Yassin | 1973 – 1976 | |
2 | En. Ahmad Faisal Abdul Rahman | 1976 – 1978 | |
3 | Tn. Hj. Abdul Sofi Mohamed Nor | 1978 - 1993 | |
4 | Cik Hjh Siha Saad | 1993 – 2005 | |
5 | Tn. Hj. Sanip Wahid | 2005 – 2016 |
|
6 | Dr. Hj. Mohd Anuar Mazuki | 2016 – 9 Jun 2020 | |
7 | Tn. Hj. Mazlan Hashim | 10 Jun 2020 - 8 Feb 2023 | |
8 | En. Wan Hasmadi Wan Mohamed | 8 Feb 2023 | |
9 | Cik Junita Jamaludin | 8 Oktober 2024 - kini |
|
Senarai Bendahari UiTM
Sumber :
- ITM Warisan Bangsa
- Laman Web Rasmi Pejabat Bendahari