Bangunan Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil pada waktu malam tahun 2015.

Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil menawarkan empat program asas iaitu Asasi Undang-Undang, Asasi Kejuruteraan, Asasi TESL dan Asasi Sains. Cadangan Pembangunan Pusat Asasi UiTM Dengkil di Pekan Dengkil Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan dengan pembinaan bermula 26 November 2012 hingga 25 November 2015.

Pembinaan UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil pada tahun 2013-2014.

 

               UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil semasa dalam pembinaan fasa terakhir pada Ogos 2015.
Joint Inspection UiTM Kampus Dengkil di Blok D, bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak pada 30 September 2015.

Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil menawarkan empat program asas iaitu Asasi Undang-Undang, Asasi Kejuruteraan, Asasi TESL dan Asasi Sains dengan menghimpunkan semua pelajar Asasi dari kampus yang lain seperti Kuantan, Kedah, Shah Alam dan Puncak Alam berpusat di kampus ini. Kampus Dengkil telah mula menerima pelajar kumpulan pertama pada 9 Disember 2015. Kampus ini merupakan kampus Pusat Asasi yang dibina atas inisiatif PFI yang berkapasiti 5,000 pelajar.  

Blok D Perpustakaan Tun Abdul Razak pada November 2015.

Sejak penubuhannya, Pusat Asasi UiTM terus diperkukuh melalui kepimpinan Pengarah Pusat Asasi yang berwibawa. Setiap peneraju membawa visi dan strategi tersendiri, menjadikan Pusat Asasi UiTM semakin unggul sebagai laluan utama ke menara ilmu.

Bil Nama Tarikh Mula Tarikh Tamat
1 Profesor Madya Dr. Muhamad Rosli Sulaiman 01 November 2009 30 September 2014
2 Profesor Madya Ahmad Kamil Hussain 01 Oktober 2014 30 September 2018
3 Profesor Dr. Saifollah Hj. Abdullah 01 Oktober 2018 21 Ogos 2022
4 Profesor Ir. Dr. Ahmad Farid Abidin @ Bharun 01 Oktober 2022 30 April 2025
5 Profesor Dr. Zulkhairi Haji Amom 01 Jun 2025 Sehingga kini

 

Sumber : Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil

powered by social2s