Pada 3 April 1995, Menteri Besar Perak, YAB Tan Sri Dato' Seri Ramli Bin Ngah Talib telah merasmikan upacara pecah tanah di ITM Perak. Kampus tersebut didirikan di atas tanah seluas 392.36 ekar yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak. Pada awal tahun 1997, pembinaan ITM Kampus Cawangan Perak di Seri Iskandar telah siap sepenuhnya.
Pada 21 Julai 1998 majlis perasmian Kampus Seri Iskandar telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah lbni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, mewakili Ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Pada tahun 2002, semua program dan bahagian pentadbiran telah beroperasi sepenuhnya di Kampus Seri lskandar.