Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan penerangan hal ehwal kualiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sebagai pusat unggul kualiti, InQKA berperanan mengurus dan memacu segala aktiviti berkaitan kualiti yang dijalankan bukan sahaja di peringkat universiti dan fakulti, tetapi juga di kampus negeri serta cawangan UiTM di seluruh negara. InQKA memastikan setiap pelaksanaan mematuhi piawaian yang ditetapkan melalui Code of Practice for Institutional Audit (COPIA), Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) serta piawaian ISO 9001.

Meneruskan legasi penjaminan kualiti di UiTM, InQKA kekal sebagai penyelaras utama dan urus setia bagi pensijilan ISO 9001:2008 di peringkat korporat oleh badan pensijilan LRQA. Selain itu, InQKA turut menyelaras penganugerahan kualiti peringkat universiti seperti Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), di samping meneruskan portfolio lain yang menumpukan kepada pemerkasaan kualiti institusi.

Sepanjang penubuhannya, InQKA telah melaksanakan beberapa projek mega berimpak tinggi di UiTM. Antaranya termasuk penyelarasan audit akreditasi kendiri bagi keseluruhan sistem UiTM, penganjuran Seminar on Internal-External Quality Assurance (SIEQA II 2015) serta penambahbaikan menyeluruh terhadap Sistem Pengurusan Kualiti UiTM (QMS) melalui Projek Khas Naib Canselor – QMS Versi 2. Polisi UiTM Trans4U turut menyaksikan perubahan dan penambahbaikan terhadap tadbir urus InQKA secara menyeluruh, menjadikannya lebih dinamik dan responsif terhadap keperluan semasa universiti.

Budaya kualiti di UiTM telah bermula sejak tahun 1994. Sejak itu, pelbagai perubahan besar telah berlaku dalam struktur dan fungsi InQKA. Sejarah perkembangan InQKA dapat dirumuskan melalui pelbagai fasa transformasi yang memperkukuh kedudukan institusi ini sebagai peneraju kecemerlangan kualiti di UiTM.

Taklimat Kualiti Kepada Panel Anugerah Kualiti Perdana Menteri Oleh Profesor Dr. Adnan Alias pada 25 Jun 1996.

Kronolgi penubuhan InQKA dari tahun 1994 : 

Tahun Peristiwa
1994 Penubuhan Center for Total Quality Education (CTQE) sebagai nadi pembudayaan Pengurusan Berkualiti Menyeluruh di Institut Teknologi MARA (ITM). CTQE ketika itu diketuai oleh Dr. Adnan Alias
2000 Penubuhan Institut Pengembangan Ilmu (InKA) menggantikan CTQE sebagai pemangkin dalam menggerakkan pengurusan perubahan (change management).
2005

Penjenamaan semula Institut Pengembangan Ilmu (InKA) kepada Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) bagi menampakkan fokus ke arah pengurusan organisasi yang cemerlang melalui pembentukan Sistem Pengurusan Kualiti yang memenuhi kehendak semua pemegang taruh.

2010

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) diterajui oleh Professor Dr. Hj. Hazman Shah Abdullah dan mempunyai seramai enam kakitangan akademik dan empat belas kakitangan pentadbiran. InQKA dipertanggungjawabkan dengan pembangunan polisi dan pengurusan pelaksanaan jaminan kualiti bagi memastikan pematuhan kepada keperluan dalaman dan luaran.

2015

InQKA berkembang selaras dengan transformasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan menjadi pakar rujuk kualiti universiti dalaman dan luaran serta Penarafan UiTM. Bermula Oktober 2015, InQKA berada di bawah kepimpinan Professor Dr. Roziah binti Mohd Janor, Penolong Naib Canselor UiTM.

2018

InQKA berkembang selaras dengan Transformasi UiTM (Trans4U) dan menjadi pakar rujuk kualiti universiti dalaman dan luaran.

2020 - kini

Kini InQKA telah menjadi pakar rujuk bukan sahaja kualiti malah inovasi. Sejajar dengan perkembangan semasa, ISO 9001: 2015 telah digunapakai sepenuhnya dan InQKA juga diberi mandat dalam menyemak serta memastikan akreditasi program baharu. InQKA telah merangkaUiTMGlobal Prominenceuntuk memantapkan lagi pencapaian penarafan UiTM di mata dunia. Pada 1 Disember 2020, Professor Madya Dr. Azizah Abdullah, Pengarah Jaminan Kualiti Dalaman telah dilantik sebagai Pemangku Penolong Naib Canselor InQKA. Bermula 1 Januari 2021, YBhg. Professor Datin Dr. Suzana Sulaiman telah dilantik sebagai  Penolong Naib Canselor InQKA yang baharu.


Peneraju


Dr. Adnan Alias
1994

Prof Madya Dr. Muhamad Muda
1999-2001

Prof. Dr. Rahmat Mohamad
2004-2005

Prof. Madya Dr. Mustaffa Mohamed Zain
2006-2007

Prof. Madya Dr. Shireen Haron
2008-2009

Prof. Dr. Hj. Hazman Shah Abdullah
2010-2015

Prof. Dr. Roziah Mohd Janor
2016-2020

Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman
2021

Prof. Dr. Azizah Abdullah
2022-2024

Prof. Dr. Haslinda Yusoff
2025-kini

Senarai Penolong Naib Canselor UiTM

  1. Jaminan Kualiti
  2. Jaminan dan Penilaian Kualiti Akademik
  3. Institut Pengembangan Ilmu (InKA)
  4. Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (InQKA)

Sumber:

  1. Web Rasmi InQKA
  2. Berita ITM: Mac, Ogos & September 1994
  3. Memori Korporat Bil. 85/2021
  4. Berita Q Bil Keluaran Khas 2005
  5. Berita Q Bil Keluaran Khas 2010
  6. UiTM News Hub