Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi di kampus UiTM Shah Alam

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004. Secara sejarahnya, fakulti ini mula diasaskan di bawah Fakulti Pentadbiran dan Undang-Undang pada tahun 1965. Sehingga kini, fakulti ini telah berkembang dengan 82 orang staf akademik dan lebih daripada 3,500 pelajar tempatan serta antarabangsa. Fakulti ini beroperasi di dua kampus utama yang strategik iaitu di Shah Alam, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan.

Fakulti ini dengan bangganya menawarkan ilmu kontemporari dalam bidang pentadbiran awam dan korporat. Kini, FSPPP telah berkembang dengan menawarkan lima bidang utama pengajian akademik iaitu pentadbiran awam, pentadbiran korporat, pengajian polisi, politik dan pengajian hubungan antarabangsa. Fakulti ini menawarkan semua program yang diiktiraf bermula dengan program ikoniknya, iaitu Diploma Pentadbiran Awam (DPA) yang diperkenalkan sejak tahun 1965. Pada masa ini, fakulti ini mempunyai 11 program akademik; 5 program prasiswazah, 5 program pascasiswazah, dan 1 program profesional yang dikenali sebagai Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA, UK).

Dokumen Silibus Diploma Pentadbiran Awam pada 1 Disember 1982 dalam koleksi Bahagian Arkib Universiti

FSPPP komited untuk terus melaksanakan pembangunan berterusan dan sentiasa teguh dalam menerajui kualiti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, fakulti ini juga aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang pentadbiran awam, pentadbiran korporat, polisi awam, politik dan pengajian hubungan antarabangsa. Menjalin jaringan global bersama universiti rakan antarabangsa merupakan matlamat utama pembangunan masa depan fakulti. Kolaborasi antarabangsa yang aktif telah mewujudkan kerjasama kukuh dengan universiti-universiti rakan terutama di Indonesia, Jepun dan India melalui pelbagai penyelidikan akademik dan persidangan bersama.

Tahun Peristiwa
1965 Dikenali dengan nama Fakulti Pentadbiran dan Undang-Undang
2004 Secara rasmi dikenali sebagai Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi pada 14 Januari 2004
2014 Beroperasi di UiTM Kampus Seremban sebagai fakulti induk dan meneruskan operasi di Kampus Shah Alam untuk pascasiswazah dan program profesional

 

 

 

 

powered by social2s