
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi telah ditubuhkan pada 2010 di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Misi fakulti adalah untuk memainkan peranan penting untuk melahirkan profesional yang terlatih dalam semua bidang perladangan dan industri berkaitan pertanian di peringkat nasional dan antarabangsa.
Program Diploma Pengurusan Industri Tanam (DPIM) merupakan program unggul apabila ia ditubuhkan pada 1967 di Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor. Fakulti meneruskan legasi menawarkan program DPIM yang mantap sehingga hari ini di kampus Perlis, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Melaka. Sepanjang 51 tahun penubuhan ini, program ini telah melahirkan lebih 15,000 graduan yang mendapat sambutan dan pengiktirafan daripada sektor swasta dan awam. Sebahagian daripada mereka telah menjadi pemimpin terkemuka dan kapten industri perladangan, dan ketua agensi kerajaan.
| Tahun | Peristiwa |
| 1967 | Diploma in Planting Industry Management (AS110) (Fakulti Sains Gunaan) di Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor. |
| 1999 - 2004 | Pembangunan B. Sc. (Hons.) Plantation Technology and Management; M.Sc. & Ph.D. (Fakulti Sains Gunaan) |
| 2010 | Penubuhan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi |
| 2011 - 2012 | Pembangunan 13 program baru |
| 2014 |
Perpindahan fakulti ke UiTM Melaka Kampus Jasin dengan pembangunan 16 program baru |

Fakulti amat komited dalam menyebarkan, menyampaikan dan memupuk pembangunan intelek dan penyelidikan untuk memenuhi keperluan perubahan sektor perladangan dan pertanian. Sehubungan itu, banyak program prasiswazah dan pascasiswazah telah ditawarkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan profesional dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sektor perladangan, pertanian dan agroteknologi. Sehingga kini, fakulti memiliki 43 makmal, 10 rumah hijau, 87 tanah ladang dan 9 bengkel untuk keperluan pembelajaran dan penyelidikan. Fakulti Perladangan dan Agroteknologi memainkan peranan penting untuk melahirkan profesional terlatih dalam semua bidang perladangan, pertanian dan bidang berkaitan.
Fakulti ini telah melalui sejarah panjang dengan dipimpin Barisan Peneraju dari dahulu hingga kini :
| Bil. | Nama | Tahun Berkhidmat |
| 1 | Profesor Dato’ Dr. Nasrudin Mohammed | 2004 – 2005 |
| 2 | Profesor Madya Dr. Nooraini Mohamed Ismail | 2005 – 2007 |
| 3 | Profesor Madya Dr. Jasmine Ahmad | 2007 – 2009 |
| 4 | Profesor Madya Mat Zain Mat Kib | 2010 |
| 5 | Datuk Profesor Dr. Hajah Ramlah Adam | 2010 – 2011 |
| 6 | Profesor Madya Dr. Jasmine Ahmad | 2011 – 2012 |
| 7 | Profesor Dr. Zaliha Haji Hussin | 2013 – 2015 |
| 8 | Profesor Dr. Posiah Mohd Isa | 2015 – 2018 |
| 9 | Profesor Dr. Jasmine Ahmad | 2018 – 2019 |
| 10 | Profesor Madya Dr. Abdul Jalil Mohamed Ali | 2019 – 2021 |
| 11 | Profesor Dr. Nor Hafizah Mohamed Harith | 2021 – kini |
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi kini diterajui oleh Profesor Madya Ts. Dr. Shamsiah Abdullah sebagai Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, berkuat kuasa 1 Mei 2025. Semoga terus cemerlang dalam menerajui fakulti ke arah kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi.
Profesor Madya Ts.Dr. Shamsiah Abdullah

Sumber : Laman web Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (https://fpa.uitm.edu.my/index.php/ms/kenali-kami/profil)