Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
Doktor Seni Kreatif
Doctor of Creative Arts
Istiadat Konvokesyen UiTM kali ini juga mencatatkan sejarahnya yang tersendiri, melalui penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan
Iskandar Al-Haj. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah dalam memperkasa serta memartabatkan seni warisan budaya, khususnya dalam bidang seni tekstil dan seni kraf tradisional.
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menerima Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada sidang khas hari pertama Istiadat Konvokesyen Ke-100 UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada 13 November 2024.
Penganugerahan itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong merangkap Canselor UiTM, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan baginda dalam memperkasa seni warisan budaya, khususnya seni tekstil dan kraf tradisional. Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, berkata usaha baginda memartabatkan Kain Tenun Pahang Diraja diiktiraf melalui Anugerah Ikon Kraf 2019 oleh Majlis Kraf Dunia di India. Tenun Pahang mendapat pengiktirafan diraja pada tahun 2006, sekaligus mengangkat kedudukan seni tekstil tersebut.
Baginda juga menubuhkan Institusi Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Afzan di Pekan, Pahang, bagi memupuk minat generasi muda terhadap seni tenunan.
Iskandar Al-Haj perkenan menerima cenderamata penganugerahan disaksikan Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib
Majlis turut dihadiri Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Seramai 25,957 graduan telah menerima diploma dan ijazah sepanjang konvokesyen ke-100 ini.
Sumber :
- Buku Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-100 (2024)
- Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah: Istiadat Konvokesyen UiTM ke 100